Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Monday, 25 April 2011

How to gain Khusyu' in solat?

Assalamualaikum...
Cmne nk khusyuk dlm solat?... Kdg2 n most of the time, perkara2 yg bersifat duniawi selalunya ade dlm fikiran... kalut duk pk hal dunia. Pastu mula la lupe dh rakaat bp. This thing owez happened to me.

"Abu Darda (RA) narrates that Rasulullah (Sallallahu ‘alaihi wasallam) said: The first thing that will be taken away from this Ummah will be Khushu (devotion and humility) in Salat, to the extent that you will not find a single man with Khushu. [Tabarani, Majma-uz-Zawaid]" 
Source : ProductiveMuslims 

Khusyuk itu merupakan jiwa dan roh kepada solat. Berikut merupakan salah satu hadis al-Bukhari yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah R.A; 
“Nabi s.a.w pernah solat memakai baju bergambar (bercorak-corak). Suatu ketika Nabi s.a.w terlihat kepada gambar di baju itu. Setelah selesai solat, Nabi berkata : “Bawalah bajuku ini kepada Abu Jahm dan bawa kembali tukaran daripada Abu Jahm. Baju ini melalaikanku sebentar tadi dari solatku” Source : Cikedis.com


Jenis Khusyuk

Sebenarnya khusyuk ni ade 2 kategori menurut Dr. Yusof al-Qaradawi, seorg ilmuwan Islam iaitu khusyuk hati & khusyuk anggota. Khusyuk hati tu maknanya kte betul2 merasai solat kte tu diawasi oleh Allah. Kte rs btl2 berada dpn Allah ms solat tu. Keadaan tidak khusyuk berlaku di mana kesibukan berfikir dalam fikiran dan hati mengenai hal dunia. However, kalau perkara yg difikir tu berkaitan dengan urusan akhirat dan mengenai Islam tidaklah ditegah. Khusyuk anggota pula berlaku apabila tidak berpaling dan bergerak2 dgn byk, yg bukan dari perbuatan solat, yg boleh mengilangkn khusyuk dan dilihat tiada beza dgn org yg di luar solat. Khusyuk anggota ini merupakan pelengkap dan penanda kekhusyukkan hati.

Cara mendapatkan khusyuk;

1. AL-TAFAHHUM : Memahamkan semua bacaan di dalam solat dan menghayati maknanya
2. AL-TAKZIM : Merasakan kebesaran Allah seolah-olah anda berada di hadapan-Nya
3. AL-HAYBAH : Menghadirkan rasa gerun teerhadap kekuasaan Allah, dengan demikian rasa hebat terhadap Allah dapat dihasilkan
4. AL-RAJAK : Mengharapkan rahmat Allah dengan penuh harapan bahawa ibadat Allah akan diterima
5. AL-HAYAK : Berasa malu dengan Allah kerana kecuaian dalam mengotakan janji kita terhadap-Nya dan kekurangan kita dalam melakukan ibadat terhadap-Nya.


Antara faktor utama yg menyebabkan khusyuk gagal dicapai;

  • Kerosakan akidah dan kepercayaan - syirik secara sedar atau tidak, melakukan sihir, percaya pd bomoh, percaya kpd fungsi bintang selain drpd sbg penghias langit, perejam syaitan dan pedoman arah tuju.
  • Makanan, minuman dan pakaian drpd sumber yg haram - harta keuntungan dari perlakuan riba, judi, rasuah dan menipu
Usaha tambahan bagi memperoleh khusyuk;

  1. Menggunakan sejadah yg tidak terlalu bercorak untuk mengelakkan hilang fokus
  2. Mengurangkan pergerakan anggota dan mata ditumpukan ke tempat sujud
  3. Jangan memakai pakaian yg bergambar yg boleh menggangu khusyuk jemaah lain
  4. Mengambil wuduk dgn tenang & sempurna
  5. Membaca isti'azah (A'uzubillahi minasy syaitaanir rajiim" (ﺍﻋﻮﺬ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﻣﻦ ﺍﻟﺸﻴﻄﻥ ﺍﻟﺮﺟﻴﻢ)) dalam hati ketika berasa susah untuk fokus
  6. Jangan solat dalam keadaan yg terlalu lapar dan ingin membuang air
  7. Meletakkan sutrah; penghadang di hdpn supaya tiada org lalu-lalang
  8. Solat di awal waktu supaya tidak terkeja-kejar takut tak sempat
  9. Berjemaah
  10. Azan & iqamat terlebih dahulu
  11. Jauhi bersolat di tmpat yg bising
  12. Menjaga mata drpd melihat perkara yg terlarang oleh Islam
  13. Bertaubatlah sekerap yg mgkin
  14. Sentiasa beringat yg kematian smakin hmpir, anggaplah solat tersebut merupakan solat yg  terakhir
  15. Membaca dgn baik, berusaha utk memahami ayat bacaan
  16. Mempelajari cara bersolat yg terbaik mengikut Sunnah Nabi SAW
  17. Menghadirkan rasa sedang berhadapan dgn Allah SWT
  18. Fikir mengenai  dosa2 yg byk kita lakukan
  19. Timbulkan rs malu terhadap Allah
  20. Yakin bahawa Allah menerima solat

Walau apa pun, syarat khusyuk yg utama ialah KEMANTAPAN IMAN DALAM DIRI TERHADAP ALLAH. Berusahalah utk kenal dgn Allah. Khusyuk dlm solat bermula drpd perlakuan kita di luar solat. Oleh itu, kita mesti mengingati Allah pd setiap ms.


"Sesungguhnya seseorang yg berdiri dan solat serta memuja-muji Allah SWT dengan pujian yang selayak bagi-Nya, serta mengosongkan hatinya bagi Allah SWT kecuali tatkala ia keluar daripada dosa-dosanya seperti anak kecil yg baru dilahirkan" (Riwayat Muslim)


Sumber : Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman (2008). Formula Solat Sempurna. Telaga Biru Sdn. Bhd.

Jazakallahu Khairan Kathira

Sunday, 17 April 2011

A piece of article that means million things. MasyaAllah.

Kte kt dunia ni selalu nk pikir psl hdp kt dunia je. Termasuklah diriku ni. Actually hidup kte bru sdg berlangsung less than 2/3 drpd keseluruhan alam. So, still long way to go... apala nasib kte di akhirat kelak. yg pasti sbg umat Islam, kte akn sentiasa mendapat keberkatan di dunia, di alam barzakh n di akhirat nnt as long as kte sentiase berpegang tegih kpd Allah dan juga cinta hati kte, Rasulullah. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad...  dat's the only thing yg membolehkan kte mendapat syafaat dri Rasulullah s.w.t dan berlindung di bwh arasy milik Allah Ya Rabb... For me, myself, dosa tu mmg x terkira rsnya... byk sgt2... utk ke syurga tu mmg x lyk...tp  utk menggambarkn dicampakkan ke neraka itu pn aku x sanggup... mmg sgt azab. begitu juga dgn seksa kubur. tp Allah tu Maha Pengasih dan Penyayang. Selagi nyawa badan ini bernyawa, selagi itula aku pohon taubat dri Mu Ya Allah.... Ampunkanlah hamba mu yg hina sgt2 ni Ya Allah.... Kt bwh ni, ade 1 notes yg aku copy dri fb sorg bdk ni... die ngn murah hatinya share n mintak org lain pn share jgk... Semoga timbul kesedaran dalam diri kte semua dan bersama2 kte berusaha utk yg terbaik di akhirat nnt. InsyaAllah.



Gambaran Hari Kiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
sumber: Amar Sufi


Jazakallahu Khairan Kathira

Friday, 15 April 2011

Welcome Abroad!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Everyone!

Finally, after merancang sekian lama utk men'create' blog yg harap dpt memberi manfaat pd diriku & manusia sejagat yg lain juga. Like above-mentioned, blog ni sememangnya berfungsi seperti 'cool fever'... apakah bendenya tu?... bende tu kn yg kte lekatkn kt forehead org yg demam... cthnya mcm kt pic muish, my beloved nephew ni... die tgah dmm ms tu... so, mama die pakaikan die cool fever... 
ni la muish..di sebalik wjh innocent muish ni, terselit 1001 kelincahannya.

Lately, there's so much things n thoughts that stuck in my head. I believe that by sharing with others might increase my knowledge about this life and the very most important, the akhirat. Pesanan Rasulullah, 'Sampaikanlah dariku walau hanya sepotong ayat'... Semoga kita bersama-sama dapat berkongsi segala pandangan dan ilmu pengetahuan secara santai di sini atas nama perjuangan ke jalan Allah. Kita mungkin x akan berpeluang mengangkat senjata melawan musuh-musuh Allah, namun dengan brkongsi ilmu juga merupakan satu perjuangan jihad...Fisabilillah. Marilah kita bersama-sama memantapkan akidah dengan menyebarkan sunnah Rasulullah s.a.w kerana syafaat dari Baginda sgtla diharapkan di akhirat kelak... Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan kita...

“Dari Abu Hurairah r.a beliau menuturkan bahwa Rasulullah Shallallahu alaihi was sallam bersabda, Setiap Nabi alaihis salam memiliki doa yang mustajab, maka setiap nabi telah menggunakan doa tersebut. Dan aku menyimpannya sebagai syafa’at bagi ummatku, kelak di hari kiamat. Maka, syafa’at tersebut Insya Allah akan didapati oleh setiap orang dari umatku yang wafat dalam keadaan tidak menyekutukan Allah ta’ala dengan suatu apapun.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Source : Majalah Tauhid

Jazakallahu Khairan Kathira