Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Monday 25 April 2011

How to gain Khusyu' in solat?

Assalamualaikum...
Cmne nk khusyuk dlm solat?... Kdg2 n most of the time, perkara2 yg bersifat duniawi selalunya ade dlm fikiran... kalut duk pk hal dunia. Pastu mula la lupe dh rakaat bp. This thing owez happened to me.

"Abu Darda (RA) narrates that Rasulullah (Sallallahu ‘alaihi wasallam) said: The first thing that will be taken away from this Ummah will be Khushu (devotion and humility) in Salat, to the extent that you will not find a single man with Khushu. [Tabarani, Majma-uz-Zawaid]" 
Source : ProductiveMuslims 

Khusyuk itu merupakan jiwa dan roh kepada solat. Berikut merupakan salah satu hadis al-Bukhari yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah R.A; 
“Nabi s.a.w pernah solat memakai baju bergambar (bercorak-corak). Suatu ketika Nabi s.a.w terlihat kepada gambar di baju itu. Setelah selesai solat, Nabi berkata : “Bawalah bajuku ini kepada Abu Jahm dan bawa kembali tukaran daripada Abu Jahm. Baju ini melalaikanku sebentar tadi dari solatku” Source : Cikedis.com


Jenis Khusyuk

Sebenarnya khusyuk ni ade 2 kategori menurut Dr. Yusof al-Qaradawi, seorg ilmuwan Islam iaitu khusyuk hati & khusyuk anggota. Khusyuk hati tu maknanya kte betul2 merasai solat kte tu diawasi oleh Allah. Kte rs btl2 berada dpn Allah ms solat tu. Keadaan tidak khusyuk berlaku di mana kesibukan berfikir dalam fikiran dan hati mengenai hal dunia. However, kalau perkara yg difikir tu berkaitan dengan urusan akhirat dan mengenai Islam tidaklah ditegah. Khusyuk anggota pula berlaku apabila tidak berpaling dan bergerak2 dgn byk, yg bukan dari perbuatan solat, yg boleh mengilangkn khusyuk dan dilihat tiada beza dgn org yg di luar solat. Khusyuk anggota ini merupakan pelengkap dan penanda kekhusyukkan hati.

Cara mendapatkan khusyuk;

1. AL-TAFAHHUM : Memahamkan semua bacaan di dalam solat dan menghayati maknanya
2. AL-TAKZIM : Merasakan kebesaran Allah seolah-olah anda berada di hadapan-Nya
3. AL-HAYBAH : Menghadirkan rasa gerun teerhadap kekuasaan Allah, dengan demikian rasa hebat terhadap Allah dapat dihasilkan
4. AL-RAJAK : Mengharapkan rahmat Allah dengan penuh harapan bahawa ibadat Allah akan diterima
5. AL-HAYAK : Berasa malu dengan Allah kerana kecuaian dalam mengotakan janji kita terhadap-Nya dan kekurangan kita dalam melakukan ibadat terhadap-Nya.


Antara faktor utama yg menyebabkan khusyuk gagal dicapai;

  • Kerosakan akidah dan kepercayaan - syirik secara sedar atau tidak, melakukan sihir, percaya pd bomoh, percaya kpd fungsi bintang selain drpd sbg penghias langit, perejam syaitan dan pedoman arah tuju.
  • Makanan, minuman dan pakaian drpd sumber yg haram - harta keuntungan dari perlakuan riba, judi, rasuah dan menipu
Usaha tambahan bagi memperoleh khusyuk;

  1. Menggunakan sejadah yg tidak terlalu bercorak untuk mengelakkan hilang fokus
  2. Mengurangkan pergerakan anggota dan mata ditumpukan ke tempat sujud
  3. Jangan memakai pakaian yg bergambar yg boleh menggangu khusyuk jemaah lain
  4. Mengambil wuduk dgn tenang & sempurna
  5. Membaca isti'azah (A'uzubillahi minasy syaitaanir rajiim" (ﺍﻋﻮﺬ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﻣﻦ ﺍﻟﺸﻴﻄﻥ ﺍﻟﺮﺟﻴﻢ)) dalam hati ketika berasa susah untuk fokus
  6. Jangan solat dalam keadaan yg terlalu lapar dan ingin membuang air
  7. Meletakkan sutrah; penghadang di hdpn supaya tiada org lalu-lalang
  8. Solat di awal waktu supaya tidak terkeja-kejar takut tak sempat
  9. Berjemaah
  10. Azan & iqamat terlebih dahulu
  11. Jauhi bersolat di tmpat yg bising
  12. Menjaga mata drpd melihat perkara yg terlarang oleh Islam
  13. Bertaubatlah sekerap yg mgkin
  14. Sentiasa beringat yg kematian smakin hmpir, anggaplah solat tersebut merupakan solat yg  terakhir
  15. Membaca dgn baik, berusaha utk memahami ayat bacaan
  16. Mempelajari cara bersolat yg terbaik mengikut Sunnah Nabi SAW
  17. Menghadirkan rasa sedang berhadapan dgn Allah SWT
  18. Fikir mengenai  dosa2 yg byk kita lakukan
  19. Timbulkan rs malu terhadap Allah
  20. Yakin bahawa Allah menerima solat

Walau apa pun, syarat khusyuk yg utama ialah KEMANTAPAN IMAN DALAM DIRI TERHADAP ALLAH. Berusahalah utk kenal dgn Allah. Khusyuk dlm solat bermula drpd perlakuan kita di luar solat. Oleh itu, kita mesti mengingati Allah pd setiap ms.


"Sesungguhnya seseorang yg berdiri dan solat serta memuja-muji Allah SWT dengan pujian yang selayak bagi-Nya, serta mengosongkan hatinya bagi Allah SWT kecuali tatkala ia keluar daripada dosa-dosanya seperti anak kecil yg baru dilahirkan" (Riwayat Muslim)


Sumber : Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman (2008). Formula Solat Sempurna. Telaga Biru Sdn. Bhd.

Jazakallahu Khairan Kathira

1 comment: